fbpx

‘Muka Zubir seiras dengan arwah Zulfarhan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zubir (kiri) dan Allahyarham Zulfarhan.

PETALING JAYA – Akaun TikTok penyanyi dan komposer muda, Zubir Khan dibanjiri dengan komen orang ramai yang bersetuju bahawa mukanya seiras dengan Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Menerusi video yang dimuat naik malam tadi, pengguna media sosial tidak henti-henti membanjiri ruangan komen penyanyi berusia 24 tahun itu sehingga hari ini.

Rata-rata netizen memaklumkan senyuman Zubir begitu mirip dengan Allahyarham ditambah pula kulitnya yang hitam manis serta gaya rambut seakan Allahyarham Zulfarhan.

“Kalau dia senyum memang nampak seiras dengan Arwah Zulfarhan,” komen Puteri Yanie.

“Mungkin ayah mak Arwah Zulfarhan boleh jumpa dengan Zubir jika nak ubat rindu terhadap anaknya. Memang sama sangat terutama senyuman,” komen Scha Juma.

“Terima kasih ya korang bagi jawapan. Jenuh fikir Zubir ni iras siapa sebab macam pernah nampak muka dia. Betul, sama sangat macam Arwah Zulfarhan,” komen Farah.

“Ramai kata muka sama macam Arwah Zulfarhan. Apa kata Zubir pergi melawat keluarga Arwah, buat pengubat rindu mereka,” komen pengguna yang lain pula.

Penyanyi lagu tamil itu pula pada dua jam lalu turut meninggalkan komen untuk orang ramai berkongsi butiran mengenai keluarga Allahyarham Zulfarhan yang merupakan Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Zubir juga berkata dia akan mengemas kini perkembangan lanjut jika dapat bertemu dengan keluarga Allahyarham seperti yang diminta kebanyakan pengguna media sosial.

“Hi semua boleh tak saya dapat kan info keluarga Zulfarhan?,” komennya.

Sebelum ini, media melaporkan Allahyarham Zulfarhan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017 akibat dibuli oleh rakan-rakannya gara-gara kehilangan sebuah komputer riba.

Semalam, enam bekas penuntut UPNM yang sebelum ini dipenjara 18 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan, di sini sebentar tadi.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan dalam rayuan silang untuk mengembalikan semula kes itu daripada Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kepada pertuduhan asal iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka yang ketika kejadian berusia 21 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi pada 21 dan 22 Mei 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI