fbpx

MSU, UTHM perkasa kerjasama pintar bidang TVET, penyelidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mohd Shukri (dua dari kanan) dan Dr. Ruzairi (dua dari kiri) ketika sesi menandatangani MoU.

PETALING JAYA – Management and Science University (MSU) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkasakan bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan penyelidikan.

MSU menerusi kenyataannya berkata, kerjasama pintar awam-swasta ini menyediakan platfom dan rangka kerja dalam memperkasakan perkongsian rentas disiplin antara MSU dan UTHM.

“MoU berkenaan membuktikan ia selaras dengan Dasar TVET Negara 2023.

“TVET merupakan proses pendidikan dan latihan yang berfokuskan ke arah pekerjaan selain menekankan amalan industri dalam pelbagai bidang berkaitan, termasuk pembangunan profesional.

“Ia khususnya dalam bidang akademik, penyelidikan saintifik dan inovasi serta kerjasama industri-akademik membabitkan pertukaran maklumat, latihan pakar, bakat dan pelajar,” kata kenyataan itu.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Presiden MSU, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab Yajid dan Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim.

Ia disaksikan oleh Naib Presiden Kanan Hubungan Industri dan Keusahawanan MSU, Professor Dr. Abdul Jalil Ghazali dan Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi UTHM, Naim Maslan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI