fbpx

Manila tenggelam, Taufan Gaemi landa Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta meredah banjir di sebatang jalan yang dinaiki air di Manila hari ini. - AFP

MANILA – Hujan tanpa henti melanda utara Filipina hari ini, sekali gus mencetuskan banjir di bandar raya Manila serta tanah runtuh di wilayah-wilayah pergunungan ketika Taufan Gaemi memburukkan lagi monsun bermusim.

Di ibu kota yang padat dengan penduduk itu, anggota penyelamat dikerahkan ke seluruh bandar untuk membantu memindahkan orang ramai dari rumah-rumah di kawasan rendah selepas hujan lebat menyebabkan jalan-jalan bertukar sungai.

Pejabat kerajaan ditutup dan persekolahan ditunda, manakala lebih 70 penerbangan domestik dan antarabangsa dibatalkan berikutan keadaan cuaca.

“Banyak kawasan dinaiki air, justeru kami mengerahkan penyelamat ke seluruh bandar. Terdapat sejumlah besar orang meminta bantuan,” kata seorang pegawai bencana di pinggir bandar Manila, Peachy de Leon kepada AFP.

Taufan Gaemi yang melanda Filipina, ketika ini menuju ke Taiwan serta memburukkan lagi hujan monsun barat daya pada tahun ini, kata peramal cuaca negara itu.

“Biasanya, kemuncak musim hujan adalah pada Julai hingga Ogos, dan kebetulan terdapat taufan di perairan timur Filipina yang meningkatkan monsun barat daya,” kata seorang pakar cuaca kanan, Glaiza Escullar.

Tambah Escullar, lebih 200 milimeter hujan turun di ibu negara Filipina dalam tempoh 24 jam lalu, dan ia bukan sesuatu yang luar biasa.

Sementara itu, beberapa kejadian tanah runtuh meragut nyawa seorang wanita hamil dan tiga kanak-kanak di wilayah Batangas, selatan Manila.

Ia turut menyekat tiga jalan utama di wilayah pergunungan Benguet, kata polis dan pegawai bencana hari ini.

Ia menjadikan jumlah kematian akibat hujan lebat di serata lokasi di Filipina dalam dua minggu lalu, meningkat kepada sekurang-kurangnya 12 orang, ketika berpuluh-puluh ribu berlindung di pusat pemindahan banjir. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI