PETALING JAYA – Rakyat Malaysia sepatutnya berbangga apabila tanah air kita berada pada kedudukan ke-10 negara terselamat di dunia.
Menurut portal majalah travelog terkenal Travel Stop, Malaysia berada dalam carta10 negara terselemat di dunia dan merupakan dua negara selepas Singapura yang berada di tangga ke- 5 dunia yang mewakili benua Asia.
Travel Stop yang mengambil kajian yang dilakukan oleh firma Institure for Economic & Peace – 2024 Global Peace Index telah menyenaraikan Iceland berada di tangga pertama negara terselamat di dunia.
Manakala tiga lagi negara yang masing-masing berada di tangga ke-2 hingga empat adalah Ireland, Austria an New Zealand.
Sementara dua lagi negara Eropah yang berada di tangga ke-6 dan ke-7 adalah Switzerland dan Portugal. Manakala Denmark dan Slovenia berada di tangga ke-8 dan sembilan negara terselamat di dunia.
Negara maju seperti Amerika Syarikat, Rusia, China dan Jepun langsung tidak tersenarai dalam top 10. – KOSMO! ONLINE.