fbpx

Langkah tangani buli siber bakal diumum dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gobind pada sidang akhbar khas di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan dijangka mengumumkan pelbagai langkah jangka panjang bagi menangani masalah gejala buli siber yang dikesan semakin berleluasa di negara ini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, perkara berkenaan termasuklah mengkaji balik hukuman yang dikenakan ke atas pesalah kes itu kerana dianggap sebagai terlalu ringan.

“Saya setuju apabila ramai kesal kadar denda memang tidak cukup untuk beri pengajaran namun apakah tindakan yang boleh kerajaan ambil,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut. Gobind berkata, pihak kerajaan bersedia menilai semula hukuman ringan di bawah akta berkenaan untuk mendidik pengguna tidak menyalah guna wadah digital.

“Isu ini memang ada dibincangkan dalam mesyuarat mingguan Kabinet dan saya memberi jaminan bahawa kerajaan amat serius bagi membendung isu gejala buli siber,” tegasnya.

Malahan ujar beliau, beberapa langkah sudah dikenal pasti dan akan diumumkan dalam masa terdekat selain cadangan pindaan Akta 574 sebelum dibentangkan di Parlimen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI