fbpx

Kotak ‘lawan’ Ahmad Dhani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN Kotak enggan mengulas dakwaan Ahmad Dhani.

DITUDING melanggar hak cipta pengkarya lain apabila membawakan lagu tanpa izin, kumpulan Kotak tampil memberi maklum balas atas kenyataan dilemparkan komposer Ahmad Dhani.

Anggotanya, Tantri Kotak menyatakan mereka sangat menghormati perintis Dewa 19 itu bukan sahaja sebagai artis senior bahkan selaku pengkarya berpengalaman.

Malah band Kotak juga kagum dengan kelantangannya menyuarakan isu royalti membabitkan masalah royalti di Indonesia.

Namun akui Tantri, bagi mengulas lanjut dakwaan keizinan serta royalti daripada seorang bekas anggota kumpulan mereka seperti didakwa Ahmad Dhani adalah bukan di bawah kuasanya.

Menurut Tantri, Kotak telah menyampaikan jawapan terkait hak cipta dengan individu terbabit, sekali gus mereka tidak perlu mengulas lagi hal berkenaan.

“Kotak sudah menjawab beberapa tahun lalu menerusi video di YouTube, kali ini saya enggan komen. Sekarang saya cuma mahu respons Ahmad Dhani yang serius membahaskan royalti pemuzik,” katanya.

Terdahulu, pengasas Dewa 19 itu menyindir Kotak yang mempersembahkan lagu nukilannya secara tanpa kebenaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI