fbpx

Kilang proses plastik punca pencemaran sungai ada lesen sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham (kanan) dan Aziah pada sidang akhbar malam tadi. Foto oleh Saddam Yusoff/ Kosmo!

SHAH ALAM – Kilang pemprosesan plastik di Jalan Kampung Orang Asli, Kuang dekat sini yang disyaki mencemarkan tiga sungai didapati mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, tindakan tegas akan dikenakan kerana ia turut mengakibatkan empat Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas dan berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual.

“Kebocoran tangki yang berlaku di premis itu menyebabkan bahan pencemar berjadual Poly Methacrylic Acid (PMAA) mengalir ke tiga batang sungai.

“Selain siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sudah mengambil tindakan kompaun terhadap kilang berkenaan,” katanya.

Sementara itu Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya membuka kertas siasatan kes itu mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan siasatan awal mendapati berlaku kebocoran pada tangki simpanan produk Poly Methacrylic Acid (PMAA) sehingga mengalir ke longkang serta sungai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI