fbpx

Kilang pencemar berdepan denda RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangki IBC yang digunakan bagi kerja-kerja penyedutan dari kawasan pencemaran luar premis kilang.

SHAH ALAM – Satu kertas siasatan mengikut Seksyen 79(1) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 1999 dibuka susulan pencemaran dibuat kilang pemprosesan plastik dan pepejal di Jalan Kampung Orang Asli, Kuang dekat sini.

Berdasarkan seksyen tersebut memperuntukkan denda minimum RM200,000 dan maksimum RM1 juta serta mandatori penjara tidak lebih tiga tahun jika disabitkan kesalahan.

LUAS memaklumkan pihaknya turut mengeluarkan Surat Arahan Seksyen 121(1) enakmen sama bagi kerja-kerja pembersihan oleh premis itu di lokasi terjejas dengan bahan pencemar tersebut.

Katanya, hasil pemantuan rapi LUAS mendapati kerja-kerja tersebut diselesaikan sepenuhnya pukul 11 malam tadi.

“Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Juga akan mengambil tindakan yang berkaitan di bawah bidang kuasa masing-masing terhadap premis tersebut,” katanya hari ini.

LUAS menambah, verifikasi pihaknya di semua lokasi berkenaan mengesahkan bacaan 0 ton dan tiada lagi kesan bahan tersebut ditemui.

“LUAS akan meneruskan pemantauan di lokasi-lokasi terlibat ini dan sentiasa bersiap siaga untuk tindakan-tindakan mitigasi yang perlu,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan kebocoran tangki sebuah kilang plastik menyebabkan pencemaran bahan terjadual, Poly Methacrylic Acid (PMAA) seterusnya henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA).

Empat LRA tersebut adalah Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 (SSP1, SSP2 serta SSP3) seterusnya dianggarkan 1.1 juta pengguna akaun di lebih 1,000 kawasan mengalami gangguan air tidak berjadual bermula semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI