fbpx

Kertas siasatan kes bunuh Nur Farah Kartini siap sebelum Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kata Hussein (tengah), usaha pencarian bahan bukti di beberapa lokasi termasuk tempat kejadian pembunuhan Nur Farah Kartini (kiri) telah selesai dijalankan setakat ini.

PETALING JAYA – Kertas siasatan berkaitan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya dalam masa terdekat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, usaha pencarian bahan bukti di beberapa lokasi termasuk tempat kejadian telah selesai dijalankan setakat ini.

“Kertas siasatan dijangka diserahkan sebelum Jumaat.

“Ini susulan pencarian bahan bukti telah selesai dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Isnin lalu, suspek berusia 26 tahun yang juga anggota polis dilanjut reman selama tujuh hari sehingga 29 Julai ini selepas tempoh reman pertama tamat.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan kunci kereta dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Nur Farah Kartini ketika melakukan pencarian bahan bukti di Sungai Trolak Kampung Batu 4, Perak.

Kunci itu ditemukan oleh seorang penyelam daripada unit berkenaan kira-kira pukul 11.20 pagi pada jarak 50 meter daripada jambatan kecil di sungai itu yang dipercayai menjadi lokasi suspek membuang barangan milik mangsa.

Hussein semalam turut mengesahkan penemuan kunci selain dompet dipercayai milik Nur Farah Kartini di sungai tersebut.

17 Julai lalu, polis telah menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa di dalam parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang yang turut menjadi lokasi utama pembunuhan tersebut.

Keesokan harinya, beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini turut ditemukan ketika operasi pencarian di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang pada 15 Julai. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI