fbpx

Insiden tembakan Trump: Pengarah Perkhidmatan Rahsia AS letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kim Cheatle - AFP

WASHINGTON – Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS), Kim Cheatle meletak jawatan selepas kegagalan pasukan keselamatannya dalam insiden cubaan membunuh bekas presiden, Donald Trump, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

“Sebagai pengarah, saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan keselamatan,” kata Cheatle dalam surat peletakan jawatannya kepada kakitangan agensi itu.

Dia sebelum itu menghadapi gesaan daripada kedua-dua Parti Demokrat dan Republikan untuk berundur selepas perbicaraan Kongres kelmarin mengenai insiden tembakan tersebut.

Dalam surat peletakan jawatan semalam, Cheatle berkata, dia sentiasa mengutamakan keperluan agensi dan dengan rasa berat hati, dia membuat keputusan itu.

“Saya tidak mahu desakan untuk saya meletak jawatan menjadi gangguan kepada kerja penting yang anda (kakitangan) lakukan terhadap misi penting kita,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Joe Biden dalam satu kenyataan berkata, beliau berterima kasih atas perkhidmatan Cheatle selama beberapa dekad.

“Siasatan bebas untuk mengetahui perkara yang berlaku pada 13 Julai lalu diteruskan, dan saya berharap untuk menilai hasilnya. Kita semua tahu bahawa apa yang berlaku pada hari itu tidak boleh berulang lagi,” katanya.

Buat masa ini, Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Alejandro Mayorkas melantik Ronald Rowe sebagai pemangku pengarah agensi itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI