GEORGE TOWN – Sebuah feri ikonik Pulau Mutiara yang ditempatkan di Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth dekat sini dilaporkan tenggelam awal pagi tadi.
Menurut sumber, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) sedang berusaha menaikkan semula feri tersebut, manakala bomba pula mengawal minyak daripada tertumpah ke dalam laut.
“Feri Pulau Kapas ini dilaporkan tenggelam kira-kira pukul 3 pagi tadi dan kejadian dipercayai berpunca dari tali yang mengikat feri tersebut terputus akibat angin kuat.
“Usaha sedang dijalankan untuk menaikkan semula feri ini,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Pengerusi SPPP, Datuk Yeoh Soon Hin ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu hari ini. -KOSMO! ONLINE