fbpx

EPL: Man. United sasar pemain kedua Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAZRAOUI sebelum ini pernah bekerjasama dan bersinar di bawah kendalian Ten Hag ketika beraksi di Ajax. - AFP

MUNICH – Belum selesai rundingan melibatkan Matthijs De Ligt ke Old Trafford, Manchester United dilapor bersedia untuk mendapatkan seorang lagi pemain pertahanan Bayern Munich pada jendela perpindahan kali ini.

Perkembangan positif berdasarkan rundingan bersama West Ham United melibatkan perpindahan Aaron Wan-Bissaka menyaksikan United perlu mendapatkan seorang pemain pengganti di posisi pertahanan kanan.

Justeru, pihak pengurusan United mengenalpasti bahawa Noussair Mazraoui adalah pemain yang sesuai untuk mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Wan-Bissaka ketika pemain itu juga memiliki hasrat besar beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Keinginan United memilih untuk mendapatkan Mazraoui tidak sukar untuk difahami kerana pemain tersebut sebelum ini pernah beraksi di bawah kendalian Pengurus United, Erik Ten Hag sewaktu di Ajax Amsterdam.

Pemain antarabangsa Maghribi itu meninggalkan Ajax ke Allianz Arena pada jendela perpindahan yang sama ketika Ten Hag berhijrah ke Manchester dan kali ini potensi untuk kedua-dua mereka kembali bekerjasama dilihat semakin positif.

Bagaimanapun, United tidak bersendirian dalam usaha mendapatkan pemain tersebut apabila West Ham juga menyatakan minat mereka terhadap Mazraoui yang membuat 15 penampilan bersama Bayern musim lalu serta melakukan empat umpanan gol.

Bayern dilapor meletakkan tanda harga antara £16.8 juta (RM101.63 juta) hingga £21 juta (RM127.04 juta), namun United dikatakan hanya mahu membayar sekitar £12.6 juta (RM76.22 juta) dengan nilai maksimum sehingga £16.8 juta (RM101.63 juta) sahaja. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI