fbpx

‘Downgrade’ taraf hidup bukan tanda gagal, tapi matang!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Grafik yang dikongsikan PHM.

PETALING JAYA – “Downgrade (penurunan taraf) kehidupan bukan bermaksud anda gagal, lemah atau telah tewas, ia bukti anda sudah semakin matang dan tahu membuat keputusan serta mengetahui keutamaan dalam kehidupan.”

Itu pandangan Public Health Malaysia (PHM) tentang golongan yang memilih untuk menukar gaya hidup lebih bersederhana demi kebahagiaan jangka panjang!

Kata PHM, jangan malu untuk ‘downgrade’ kehidupan kerana individu terbabit bakal mendapat banyak manfaat antaranya kurang beban kewangan selain lebih banyak wang boleh disimpan dan dilaburkan.

“Menurunkan taraf hidup memang susah, terutama bila kita sudah terbiasa dengan zon selesa. Ia membolehkan kita bersedia untuk masa depan dengan simpanan lebih baik, siap hadapi cabaran.

“Kesihatan mental juga menjadi lebih baik, kurang stres dan kebimbangan selain lebih mudah menyesuaikan diri dengan perubahan (fleksibiliti) serta fokus pada perkara yang benar-benar penting.

“Selain itu, lebih banyak sumber untuk belajar dan meningkatkan kemahiran (fokus pendidikan) serta hubungan keluarga juga erat. Masa dan perhatian lebih untuk keluarga bukan untuk membayar hutang!,” jelas PHM.

Dalam masa sama, PHM turut memberikan contoh situasi berkaitan cara ‘downgrade’ kehidupan dengan pemilihan kereta yang tepat.

“Contohnya, individu A telah membeli kereta jenama H untuk keselesaan diri dan demi mendapatkan perhatian keluarga. Kemudian beliau sedar, bayaran bulanan kereta itu sangat membebankan perbelanjaan bulanan.

“Beliau pun buat keputusan untuk jual kereta tersebut dan membeli kereta jenama tempatan yang ada spesifikasi hampir sama. Dengan ‘downgrade’ kenderaan, beliau telah berjimat lebih RM1500 setiap bulan!

“Jangan malu untuk ‘downgrade’ kehidupan, banyak manfaatnya!,” tambah PHM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI