fbpx

Cermin kereta retak selepas ikan misteri jatuh dari langit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CERMIN kereta retak selepas seekor ikan jatuh dari langit. - Foto Jeff Levine

WASHINGTON – Seekor ikan jatuh dari langit dan menghempap cermin sebuah kereta di New Jersey, Amerika Syarikat, lapor laman berita New York Post semalam.

Cynthia dan Jeff Levine berkata, mereka mendengar bunyi kuat di luar rumah mereka di Atlantic Highland sebelum keluar untuk meninjau kejadian itu.

Namun, cermin kereta milik pasangan tersebut retak, kesan daripada hentakan ikan.

Pasangan tersebut percaya bahawa ikan itu dibawa oleh seekor burung helang.

“Jika ada burung yang mendengar, tolong jangan letakkan (ikan) di sini,” katanya secara bergurau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI