fbpx

Bekalan air pulih 40 peratus mulai 8 pagi esok di 7 wilayah Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan gangguan bekalan air melibatkan jutaan pengguna di tujuh daerah di Selangor dan Kuala Lumpur dijangka selesai selewat-lewatnya Jumaat ini.

Katanya, sehingga pukul 6 pagi tadi menunjukkan peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat telah mencapai 9.9 peratus.

“Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka akan mencapai sekitar 40 peratus pada pukul 8 pagi, esok.

“Ini diikuti 90 peratus pada pukul 8 malam hari sama sebelum pemulihan penuh bagi kawasan terlibat dijangka pukul 8 pagi Jumaat ini,” katanya.

Terdahulu, Air Selangor menjelaskan tujuh kawasan di Lembah Klang iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mengalami gangguan air tidak berjadual ekoran empat LRA dihenti tugas sementara berikutan pencemaran bau yang dikesan di beberapa sungai di Selangor. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI