fbpx

Arif Aiman anggap penghargaan, bukan beban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF Aiman diberikan tanggungjawab sebagai ketua pasukan ketika JDT berdepan KDA pada aksi separuh akhir Piala FA. - FB JOHOR SOUTHERN TIGER

DIBERI tanggungjawab selaku kapten Johor Darul Ta’zim (JDT) pada usia muda memberi motivasi buat bintang Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi untuk menjadi pemain lebih baik pada masa akan datang.

Kepercayaan yang diberikan untuk menggalas tugas selaku kapten oleh pengendali pasukan, Hector Bidoglio pada aksi separuh akhir pertama Piala FA antara JDT dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) baru-baru ini tidak dianggap satu beban sebaliknya pemangkin semangat.

“Bagi saya peluang yang terbaik untuk saya dan ia satu penghargaan bagi saya untuk jadi kapten JDT.

“Saya tidak rasa beban, saya anggap itu peluang berharga untuk karier saya pada masa akan datang,” katanya.

Walaupun usia baharu mencecah 22 tahun, karakter dan impak yang mampu diberikan buat pasukan dilihat menjadi elemen penting kepada keputusan Bidoglio memberikan lilitan kapten kepada Arif.

Hasil kemenangan 2-1 di Stadium Darul Aman, Jumaat lalu, Harimau Selatan kini dilihat pasukan pilihan untuk mara ke final Piala FA musim ini.

“Kami akan perbaiki untuk perlawanan kedua. Saya amat bangga dengan pemain yang beri komitmen dan hati mereka.

“Kemenangan yang baik untuk dibawa ke Johor nanti. Saya beri pujian kepada rakan sepasukan yang beri tentangan untuk dapatkan jaringan kedua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI