fbpx

391 projek pembinaan semula sekolah daif di Sarawak diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa berusaha berterusan dalam memastikan penyediaan kemudahan sekolah mencukupi dan berada dalam keadaan baik dan juga kondusif.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, berdasarkan data KPM sehingga Jun 2024 terdapat 555 buah sekolah yang mempunyai bangunan daif di Sarawak.

Katanya, daripada jumlah tersebut sebanyak 361 buah sekolah berskala enam manakala 194 buah sekolah berskala tujuh.

“Kategori skala tujuh dan enam merupakan bangunan yang tidak sesuai atau tidak lagi selamat digunakan.

“Data sekolah yang mempunyai bangunan daif adalah bersifat dinamik dan akan berubah dari masa ke semasa berdasarkan kondisi bangunan.

“Berdasarkan jumlah tersebut, sebanyak 391 projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah telah diluluskan,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Abun Sui Anyit berkenaan statistik sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah daif di Sarawak dan jumlah projek yang telah dimulakan dan sedang dijalankan ketika ini bagi menyelesaikan isu sekolah daif di Sarawak.

Jelasnya, status terkini perlaksanaan projek sehingga 12 Julai 2024 adalah sebanyak 249 projek pada fasa siap manakala 49 projek pada fasa bina dan 93 projek pada fasa pra-bina.

Kah Woh berkata, KPM juga telah mengemukakan permohonan menaik taraf atau pembinaan gantian bangunan daif bagi 19 buah sekolah di Sarawak kepada agensi pusat dalam RMK-12 RP5 tahun 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI