fbpx

229 maut tanah runtuh di Ethiopia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 229 orang maut akibat tanah runtuh di barat daya Ethiopia kelmarin. - Foto AFP

ADDIS ABABA –  Sekurang-kurangnya 229 orang terkorban dalam kejadian tanah runtuh selepas hujan lebat melanda barat daya Ethiopia, dalam bencana paling maut yang pernah dicatatkan di negara Afrika itu, lapor laman berita The Guardian semalam.

Pegawai-pegawai daerah Kencho Shacha Gozdi memberi amaran bahawa angka kematian berkemungkinan meningkat ketika penduduk tempatan menggunakan penyodok dan tangan kosong untuk mencari mangsa-mangsa yang terselamat.

Kebanyakan mangsa ialah pekerja penyelamat yang tertimbus dalam tanah runtuh pada pagi kelmarin.

Mereka tertimbus ketika mencari mangsa-mangsa yang terselamat akibat tanah runtuh lain pada hari sebelumnya.

“Ramai orang hilang.

“Ada kanak-kanak memeluk mayat, kehilangan seluruh ahli keluarga mereka termasuk ibu, bapa, abang dan kakak akibat bencana itu,” kata Markos Melese yang merupakan pengarah agensi tindak balas bencana di Zon Gofa.

Imej yang disiarkan di laman Facebook oleh pihak berkuasa Zon Gofa menunjukkan orang ramai berdiri di atas tanah merah dan ada yang menggunakan tangan untuk menggali dalam usaha menyelamatkan mangsa.

Zon Gofa ialah kawasan pergunungan di wilayah Ethiopia Selatan. 

Hujan bermusim antara April hingga Mei lalu menyebabkan banjir, infrastruktur rosak dan lebih 1,000 orang kehilangan tempat tinggal, demikian menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI