fbpx

10 orang masih hilang di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Sebanyak 27 kes orang hilang dilaporkan di seluruh negeri dalam tempoh tujuh bulan sehingga Julai tahun ini dengan 17 daripadanya telah berjaya diselesaikan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, daripada jumlah itu sebanyak 10 kes masih belum diselesaikan dengan daerah Bera merekodkan kes tertinggi sebanyak empat kes diikuti daerah Lipis sebanyak tiga kes dan masing-masing satu kes di Kuantan, Pekan dan Jerantut.

“Sebanyak 10 kes belum berjaya diselesaikan termasuk kes terbaharu melibatkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang di Kampung Redan, Mela, Lipis pada 28 Jun lalu.

“Usaha mencari lelaki yang hilang melebihi 14 hari itu masih lagi diteruskan dan setakat ini tiada petunjuk baharu ditemui,”katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Pahang di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Kuantan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, mengulas penemuan seorang remaja di Bentong yang dilaporkan hilang pada 15 Julai lalu, Nur Aina Faqihah Sharizan, 17, Yahaya berkata, siasatan lanjut masih lagi diteruskan bagi mengetahui punca kehilangan remaja tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan kesihatan ke atas remaja berkenaan mendapati remaja terbabit berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI