fbpx

Tudung ‘terbang’, Nelydia Senrose tayang rambut perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Terus mencetuskan spekulasi, pelakon Nelydia Senrose menjadi bualan peminat apabila didakwa sudah tidak lagi bertudung.

Perkara tersebut menjadi bualan selepas sepupunya, Aprena Manrose memuat naik foto bercuti di Cameron Highland yang memperlihatkan Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik dengan imej baharu.

Menerusi gambar tersebut, Nelydia dilihat ‘tayang’ rambut panjangnya yang berwarna perang di samping suami tercinta.

Semakan Kosmo! Online menerusi ruangan komen mendapati rata-rata netizen terkejut dengan penampilan terbaru adik kepada aktres Uqasha Senrose meskipun telah bergelar Hajah.

Malah terdapat netizen yang menyelar tindakan itu selain menasihatkan agar dia bermuhasabah dan kembali menutup aurat dengan sempurna.

“Tudung Nelydia sudah terbang? Entah apa lah yang difikirkan, awak sudah cantik bertudung, buka tudung terus nampak tua, awak kejar apa sebenarnya?.” komen netizen itu.

“Orang Palestin tidur pun pakai tudung sebab bimbang mati dalam keadaan tidak menutup aurat, moga Nelydia bermuhasabah diri, dunia ini persinggahan semata-mata, jangan leka dengan godaan syaitan,” komen seorang lagi pengguna media sosial.

“Ini mesti sebab sendu tiada tawaran sampai sanggup buka tudung, ikut jejak kakak Uqasha tudung terbang entah kemana,” tulis seorang lagi netizen.

Begitupun, ini bukanlah kali pertama tudung pelakon kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu ‘terbang’.

Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan pelakon drama popular Setia Hujung Nyawa itu menukar gambar profil Instagram yang menunjukkan tidak lagi manis bertudung.

Pada September tahun lalu, ruangan pojok Mizz Lahar turut melaporkan wanita itu sekadar mengenakan topi ketika bercuti bersama saudara terdekat dan beberapa rakan lain di Bangkok, Thailand.

Nelydia difahamkan mula mengenakan hijab sejak 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI