fbpx

Tiga gergasi TdF meriahkan LTdL 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN EF Education-Easypost bakal membuat penampilan kedua dalam perlumbaan LTdL apabila sah mengambil bahagian edisi kali ini.

PERLUMBAAN berbasikal lebuh raya berprestij Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) tampil menyajikan pertempuran lebih menarik apabila tiga pasukan berstatus World Tour (WT), Astana Qazaqstan, EF Education-Easypost dan DSM-Firmenich PostNL bakal tiba ke Malaysia.

Ketiga-tiga pasukan itu selesai menyertai perlumbaan Tour de France (TdF) yang berakhir awal pagi semalam menyaksikan pelumba Astana Qazaqstan, Mark Cavendish menjuarai Peringkat 5.

Wakil EF Education-Easypost, Richard Caparaz turut cemerlang apabila menjuarai Peringkat ke-17 serta melakar podium tempat ketiga Peringkat 20 perlumbaan TdF sekali gus bakal merancakkan kehangatan LTdL yang berlangsung 29 September hingga 6 Oktober depan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub berkata, kehadiran ketiga-tiga pasukan itu melengkapkan senarai 22 pasukan bertanding pada edisi ke-28 kali ini.

“Tahun lalu hanya berjaya memikat dua pasukan berstatus WT dan kali ini ada tambahan satu lagi. Tiga pasukan itu cemerlang di TdF apabila pelumba DSM Firmenich PostNL, Romain Bardet dan Frank van den Broek memenangi dua tempat teratas peringkat pertama TdF tahun ini.

“Pelumba EF Education Easypost, Carapaz cemerlang apabila merangkul kategori Raja Bukit TdF, manakala pelumba berpengalaman Astana Qazaqstan, Cavendish muncul pemenang perlumbaan peringkat kelima,” katanya pada sidang media pengumuman pasukan LTdL 2024 semalam.

Menjelang LTdL 2024, tujuh pasukan daripada kategori ‘Pro Team’ dalam senarai Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) turut mengesahkan penyertaan sekali gus memenuhi syarat penganjuran perlumbaan berstatus Pro Series di luar Eropah.

Lima pasukan Pro Team itu ialah Polti Kometa (Sepanyol), Tudor Pro Cycling (Switzerland), VF Group-Bardiani CSF-Faizane (Itali), Equipo Kern Pharma (Sepanyol) dan Euskaltel-Euskadi (Sepanyol) dijemput bertanding dalam beberapa perlumbaan utama dunia seperti Giro de Italia dan Vuelta Espana 2024.

“Tiga pasukan Malaysia juga akan bertanding pada LTdL 2024 iaitu Pasukan Kebangsaan Malaysia, Terengganu Cycling Team (TSG) dan Malaysia Pro Cycling (MPC) dengan keseluruhan 12 pelumba negara,” katanya.

Perlumbaan LTdL 2024 bermula di Langkawi dan seterusnya berakhir di Bintulu, Sarawak dengan pertempuran sejauh 1,190 kilometer.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI