fbpx

Takaful Malaysia rai pemenang hadiah utama kempen U Kaotim U Win

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Azman (empat dari kanan) menyerahkan hadiah utama kepada Farah Wahida (empat dari kiri) sempena kempen U Kaotim U Win.

PETALING JAYA – Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) meraikan pemenang hadiah utama kempen Kaotim MediKad U Kaotim U Win, Farah Wahida Iberahim yang membawa pulang sebuah kereta Perodua Ativa.

Hadiah tersebut diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal dalam satu majlis yang berlangsung di cawangan Alor Setar, Kedah, hari ini.

Nor Azman berkata, penganjuran kempen itu merupakan inisiatif pemasaran bersempena dengan pelancaran pelan Kaotim MediKad di bawah jenama platform digital Kaotim yang dilancarkan November tahun lalu.

Menurutnya, Takaful Malaysia amat berbesar hati dengan sambutan yang memberangsangkan sepanjang kempen berlangsung dengan jumlah penyertaan di luar jangkaan.

“Sekalung tahniah kepada Farah Wahida yang telah menjadi pemenang bertuah hadiah utama kempen ini. Saya tertarik untuk berkongsi kisah menarik di sebalik kemenangan ini.

“Kerana sangat terharu dengan keprihatinan majikannya yang melanggan pelan Kaotim MediKad untuk semua kakitangannya, termasuk Farah Wahida, sehingga melayakkan beliau menyertai kempen ini sekali gus terpilih menjadi pemenang hadiah utama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kempen Kaotim MediKad U Kaotim U Win yang berlangsung dari 26 Disember 2023 hingga 31 Mac lalu memberikan pelbagai ganjaran menarik kepada 141 pemenang bertuah termasuk wang tunai bernilai sehingga RM20,000.

Tambah Nor Azman, Kaotim MediKad merupakan inisiatif Takaful Malaysia untuk membantu mengurangkan kos perubatan rakyat dengan menawarkan pelan mampu milik untuk pelbagai peringkat umur dari serendah RM38 sebulan.

“Tahniah diucapkan kepada semua pemenang kempen Kaotim MediKad U Kaotim U Win dan terima kasih kepada para pelanggan kami kerana setia bersama Takaful Malaysia dan melanggan pelan yang ditawarkan di bawah jenama Kaotim,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI