fbpx

STPM 2023 catat PNGK tertinggi dalam sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SELAYANG – Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 menunjukkan peningkatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional kepada 2.84 berbanding 2.82 tahun sebelumnya.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Dr. Mohd Ekhwan Toriman, berkata secara keseluruhan PNGK nasional STPM 2023 telah meningkat 0.02 mata, sekali gus tertinggi sejak peperiksaan itu dilaksanakan.

“Seramai 1,116 atau 2.70 peratus calon telah mendapat PNGK 4.00. Bilangan calon yang mendapatkan PNGK 4.00 ini telah menurun sebanyak 68 calon iaitu daripada 1,184 calon pada tahun 2022 kepada 1,116 calon pada tahun 2023.

“Daripada 1,116 calon ini, 803 calon atau 71.95 peratus adalah dari kategori B40,” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM Tahun 2023 di MPM, di sini hari ini.

Mohd Ekhwan.

Katanya, dari segi pencapaian PNGK calon, secara keseluruhannya didapati bilangan calon dan peratusan longgokan calon STPM 2023 pada PNGK 3.75 dan ke atas ialah 4,153 calon atau 10.0 peratus.

“Bagi PNGK 3.00 dan ke atas melibatkan 18,621 calon atau 44.82 peratus manakala PNGK 2.75 dan ke atas ialah 24,428 calon atau 58.79 peratus.

“Keputusan PNGK 2.00 dan ke atas pula seramai 37,428 calon atau 90.08 peratus juga meningkat berbanding tahun 2022,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI