fbpx

Skuad takraw negara dapat durian runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR (tengah) mengadakan pertemuan dengan barisan pemain dan jurulatih skuad sepak takraw negara di Putrajaya semalam. - FB ANWAR IBRAHIM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan imbuhan kemenangan bernilai RM10,000 untuk setiap pemain dan jurulatih skuad sepak takraw kebangsaan susulan kejayaan bersejarah dilakar sewaktu Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pada Mei lalu.

Perdana Menteri membuat pengumuman tersebut ketika mengadakan pertemuan dengan skuad kebangsaan yang berjaya merangkul pingat emas dengan gelaran juara berganda menerusi acara regu dan double.

“Sekalung tahniah dan penghargaan tertinggi buat seluruh anggota pasukan sepak takraw kebangsaan yang telah mengharumkan nama negara serta melonjakkan imej serta standard sukan sepak takraw kebangsaan di persada dunia,” kata Perdana Menteri.

Imbuhan tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan kepada skuad negara yang berjaya memecahkan rekod sembilan tahun tanpa kemenangan selepas kali terakhir Malaysia menang pada Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) musim 2014-2015.

Anwar turut memaklumkan bahawa beliau membincangkan beberapa perkara penting termasuk keperluan mewujudkan stadium sepak takraw negara, status sukan itu sebagai sukan bukan teras, peluang melanjutkan pelajaran, kerjaya dan kebajikan atlet-atlet.

Turut hadir pada pertemuan itu di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya semalam ialah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan serta barisan kejurulatihan yang lain.

Sebagai rekod, Malaysia berpeluang mencipta sejarah dengan melakar kejayaan hatrik pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas menjuarai regu dan double tetapi tidak kesampaian apabila tumpas kepada Thailand dalam aksi final regu berpasukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI