fbpx

Semangat pemain badminton negara luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY (kiri) dan Thinaah bersemangat tinggi untuk memulakan cabaran mereka di Olimpik Paris bulan ini.

SKUAD badminton negara kini sudah memasuki ‘gear lima’ untuk menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 sebaik menamatkan kem latihan seminggu di Lille, Perancis sekali gus menjadi azimat terbaik buat tiga wakil beregu untuk terus menyerlah di pentas berkenaan.

Diketuai pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang juga beregu lelaki utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kem badminton negara tampak begitu teruja untuk membuat penampilan di pentas Olimpik kali ini.

Beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah dan pasangan campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga dalam momentum terbaik bagi menjelmakan kilauan pingat buat kontinjen Malaysia.

“Secara teknikalnya, beregu lelaki, wanita dan campuran kita sudah melakukan persiapan yang cukup baik sejak menjalani kem latihan diadakan di sini (Lille) pada Ahad lalu.

“Sehinggalah hari terakhir, mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan semangat luar biasa ketika latihan. Ia petanda positif menjelang Olimpik Paris,” kata Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia, Rexy Mainaky.

Pada masa sama, Rexy memberitahu, anak-anak buahnya telah bersedia dari segi fizikal dan mental menjelang bermulanya acara badminton Olimpik Paris pada 27 Julai ini.

“Bagi Aaron dan Wooi Yik, persiapan mereka cukup signifikan. Dari segi teknik dan skil tiada masalah, cuma hanya beberapa perkara kecil perlu diperbetulkan terutamanya cara mereka untuk menangani tekanan.

“Untuk Tang Jie dan Ee Wei, persiapan mereka juga baik. Saya nampak Ee Wei sudah kembali berada dalam kondisi terbaiknya dan harap dia dapat mengawal apa jua situasi apabila turun ke gelanggang nanti.

“Sama juga persiapan Pearly dan Thinaah, mereka cukup bersemangat setiap kali turun menjalani latihan. Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah untuk pastikan Pearly daripada mengalami kecederaan,” jelas Rexy.

Selain tiga wakil beregu, sandaran skuad badminton negara turut digalas jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei pada Olimpik Paris kali ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI