fbpx

Sekolah milik masyarakat, jangan polemikkan sumbangan dana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ( tengah) ketika sidang media di Majlis Peperiksaan hari ini.

SELAYANG – Sekolah adalah hak milik masyarakat dan sebarang sumbangan dana oleh mana-mana pihak tidak sepatutnya menjadi polemik dan menimbulkan masalah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dana kepada pihak sekolah tetapi hendaklah mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Fadhlina berkata, KPM juga sentiasa bersedia memberi bimbingan kepada pihak sekolah dari semasa ke semasa dalam aspek garis panduan pemberian sumbangan dana itu.
“Kita akan bantu termasuk kepada pihak-pihak yang ingin memberikan sumbangan supaya ia selaras dengan garis panduan kita.

“Saya rasa tidak ada masalah dan tak perlu ditimbulkan sebarang polemik berkaitan derma kepada sekolah kerana ia telah pun berjalan begitu lama.

“Tapi barangkali yang diperlukan adalah bimbingan bagaimana dapat kita laksanakan dengan lebih baik dan mendapat ‘donation’ (sumbangan) kepada sekolah dengan lebih banyak,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Fadhlina berkata demikian ketika menjawab kontroversi berkaitan sumbangan oleh sebuah syarikat arak yang diterima sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) baru-baru ini yang dikatakan untuk membina dewan di sekolah itu.

Pada Ahad lalu, kontroversi tercetus apabila konsert amal pendidikan bertujuan membuat kutipan membina dewan sebuah sekolah Cina yang didirikan sejak 30 tahun dan didapati antara sumbangan tajaan adalah daripada sebuah syarikat arak.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI