fbpx

‘Saya minta maaf, saya tak buat dah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan ibu kanak-kanak itu di TikTok semalam.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak menangis teresak-esak selepas ibu bapanya membawa ke balai polis kerana dikatakan sering bergaduh dengan murid lain di sekolah.

Tindakan pasangan itu bukanlah untuk menghukum, tetapi sebagai pengajaran supaya anaknya lebih berdisiplin ketika ke berada di sekolah.

“Brehi gocoh di sekolah, papa wat gi balai polis terus lah doh napok nak jadi samseng sangat (suka sangat bergaduh di sekolah, papa bawa ke balai polis terus sebab nampak nak jadi samseng sangat). Tuan kecek (anak cakap) pandai, tahu pun takut,” tulis ibunya di ruangan kapsyen.

Melalui video yang dikongsikan ibunya @dylaamirul di TikTok kelmarin, anaknya yang masih bersekolah rendah itu meraung di dalam kereta selepas melihat seorang anggota polis datang ke arahnya seolah-olah mahu dikenakan tindakan.

Dalam masa sama, kanak-kanak berkenaan berulang kali meminta maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapannya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi berhubung tindakan pasangan suami isteri terbabit.

“Kesian, tapi nak ajar mereka sebelum mereka pandai buli. Sebelum jadi bahaya, itulah sebaik-baiknya untuk anak faham tindakannya itu salah,” kata @Hzqq.

“Terbaik, ini cara didikan yang sepatutnya. Biar anak menangis sekarang jangan ibu bapa yang menangis nanti. Syabas mak ayah adik ini,” puji @lion lady.

“Pendapat aku, memang aku puji ibu bapa dia didik anak dari segi psikologi supaya anak dia jadi anak yang baik,” kata @Jebat Derhaka.

Perkongsian wanita itu kini meraih lebih 1 juta tontonan dalam masa dua hari dengan 52,900 tanda suka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI