fbpx

Saifuddin nafi trend kes orang hilang meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan bahawa terdapat trend peningkatan mendadak membabitkan kes orang hilang di negara ini.

Menurut beliau, berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), jumlah orang hilang yang dicatatkan adalah kekal sekitar 900 kes setiap tahun.

“Pada 2020 hingga Jun 2024, corak laporan polis terhadap insiden orang hilang ini ialah kekal (kira-kira) 900 setiap tahun.

“Daripada kes orang hilang yang dilaporkan, saya melihat peratusan yang ditemui itu tinggi antara 85 hingga 90 peratus, (manakala) yang kekal hilang antara 10 hingga 15 peratus. Ini data terbaru yang saya dapat dari JSJ,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Terdahulu, timbul pelbagai spekulasi terutamanya di media sosial yang mendakwa kes orang hilang dilaporkan semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI