fbpx

PM gesa kerajaan seluruh dunia segera memperakui negara Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Luar China, Wang Yi (tengah) dan pegawai kanan Hamas, Musa Abu Marzuk dalam pertemuan rundingan damai di Beijing, China, hari ini. - AFP

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan di seluruh dunia yang belum memperakui negara Palestin untuk segera memperakuinya.

Anwar berkata, ia kerana perakuan antarabangsa merupakan antara yang terpenting saat ini selain memberi dukungan kepada deklarasi perpaduan yang dimeterai.

Menurutnya, deklarasi Beijing ternyata langkah yang amat penting terutamanya dalam mencapai hak dan kebebasan buat rakyat Palestin.

“Malaysia mengalu-alukan persefahaman dan perpaduan antara Fatah dan Hamas yang pastinya akan memperkukuh solidariti warga Palestin.

“Penghargaan buat Kerajaan Republik Rakyat china dalam memudahcara pertemuan dan perbincangan antara Fatah, Hamas dan 12 fraksi lain yang membentuk perjuangan Palestin.

“Saya amat berharap bahawa deklarasi perpaduan ini benar-benar diterjemahkan di semua peringkat dengan jayanya, serta dalam menongkah tantangan di masa hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kesemua pihak mesti secara bersama merencana, merangka serta memastikan sikap barbarik dan biadab Israel dihentikan.

Tambahnya, Malaysia juga bersedia untuk mencurahkan tenaga dan keringat ke arah tersebut demi keadilan dan kebebasan.

Terdahulu, media melaporkan sebanyak 14 kumpulan Palestin berikrar untuk menamatkan perpecahan semasa rundingan damai yang berlangsung di Beijing, China hari ini.

Wakil-wakil terbabit menandatangani deklarasi yang berikrar menamatkan perpecahan dan mengukuhkan perpaduan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI