fbpx

Pertimbang langkah pelajar tamatkan pengajian di Malaysia atau Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution (empat kiri) dan Mustapha (dua kiri) menyambut sebahagian rakyat Malaysia termasuk pelajar ketika tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

SEPANG- Kerajaan akan mempertimbangkan langkah bersesuaian sekiranya terdapat keperluan untuk pelajar sama ada pulang ke Bangladesh atau dibenarkan menamatkan pengajian di Malaysia berikutan protes yang terjadi di negara berkenaan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, beliau akan mempertimbangkan perkara itu berdasarkan pengalaman daripada krisis Arab Spring di Mesir pada 2011.

“Kami mempunyai pengalaman terdahulu daripada krisis di Mesir dan kami menggunakan pengalaman tersebut sekarang.

“Bagaimanapun, kami berdoa agar krisis tersebut dapat diselesaikan segera supaya dapat menghantar pelajar pulang ke Bangladesh bagi mengelakkan pengajian mereka terganggu,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyambut kepulangan 123 rakyat Malaysia dari Bangladesh yang tiba di tanah air menerusi penerbangan AirAsia AK76.

Sementara itu, katanya, kementerian juga akan menawarkan menawarkan penginapan kepada pelajar yang memerlukan sebelum mereka pulang ke negeri masing-masing.

“Kami akan terus menawarkan sesi kaunseling kepada mana-mana ibu bapa atau pelajar yang merasakan mereka memerlukannya.

“Sesi ini disediakan secara percuma dan kami bersedia untuk mengatur sesi selanjutnya mengikut keperluan.

“Mereka boleh hubungi kami kerana kementerian telah menubuhkan bilik gerakan, dan mengumumkan butirannya (kepada mereka),” katanya.

Pada masa sama, Mustapha turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak terlibat selepas berjaya membawa pelajar Malaysia yang berada di Bangladesh ke tanah air. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI