fbpx

Pasangan selebriti kena samun di Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Divyanka Tripati dan Vivek Dahiya berdepan detik hitam sewaktu bercuti di Itali.

MOMEN percutian yang sepatutnya menjadi detik terindah meninggalkan kenangan pahit buat bintang siri popular Yeh Hai Mohabbatein, Divyanka Tripati dan Vivek Dahiya.

Pasangan tersebut dirompak ketika singgah di Florence, Itali dalam kunjungan ke Eropah sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.

“Perjalanan sepanjang percutian sangat menyenangkan, kecuali saat kami berada di Itali yang menjadi hari paling mengerikan.

“Kami tiba di Florence dan merancang bermalam di sana. Kami tiba di sebuah rumah penginapan yang kami sewa dan memasukkan barang ke dalam.

“Ketika kembali ke kereta, alangkah terkejutnya kami selepas mendapati kenderaan itu dirosakkan selain wang, pasport dan barang berharga dicuri,” katanya.

Difahamkan wang tunai yang dilarikan pencuri mencecah RM60,000, belum termasuk nilai kerugian kehilangan barangan berharga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI