fbpx

Misteri Ferrari terbiar, netizen dakwa pemilik tak mampu bayar ansuran bulanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kereta Ferrari ditinggalkan di tempat meletakkan kenderaan di Singapura. - Foto SGASAP22/TikTok

SINGAPURA – Sebuah kereta Ferrari dibiarkan di tempat meletakkan kenderaan  sebuah blok kediaman di Singapura, lapor portal berita The New Paper hari ini.

Satu rakaman video menunjukkan kenderaan berwarna gelap itu dimuat naik di platform TikTok baru-baru ini.

Dalam rakaman itu, daun-daun kering kelihatan melekat badan kereta tersebut.    

Bagaimanapun, terdapat notis pada Ferrari itu menyatakan bahawa ia ditemui ditinggalkan di Lot 69, berdekatan Blok 534, Jalan Jurong Barat 52.

Pemilik kereta itu diminta mengalihkannya dari tempat parkir kenderaan blok tersebut menjelang 1 Ogos ini.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pemiliknya akan didenda.

Sementara itu, sebilangan netizen berkata di ruangan komen bahawa pemilik kereta sport mewah itu tidak dapat membayar ansuran bulanan menyebabkan ia dibiarkan di tempat letak kenderaan.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI