fbpx

Maut ketika pulang hantar kek hari jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang meninggal dunia, Muhamad Isyam Abdullah Sani (belakang) dan anaknya, Muhammad Aisy Afnan (depan, kanan) dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 18, Jalan Jerantut - Temerloh berdekatan Simpang Bukit Ketupat, Jerantut. - HARIS FADILAH AHMA

JERANTUT – Seorang lelaki tidak menyangka sikap anak saudaranya, Muhammad Aisy Afnan Muhamad Isyam yang beria mahu bersalaman dengannya sebelum balik, menjadi petanda anak saudaranya akan pergi buat selamanya.

Dalam kejadian kemalangan malam semalam dua beranak iaitu Muhamad Isyam Abdullah Sani,43, dan anaknya Muhammad Aisy Afnan meninggal dunia selepas motosikal dinaiki mereka terbabas di Kilometer 18 Jalan Jerantut-Temerloh, di sini.

Asrizal Abdullah Sani, 37, berkata, dia berasa amat pelik kerana anak saudaranya mencarinya sehingga ke dapur untuk bersalam dan meminta izin sebelum pulang ke rumahnya malam semalam.

“Muhammad Aisy Afnan yang berusia enam tahun beria benar mencari saya semalam hingga ke dapur untuk bersalaman termasuk dengan neneknya, Maimun Samihah, 67.

“Dia (Muhammad Aisy Afnan) bersama bapa, ibunya, Munirah Mahmood dan seorang adik lelaki, Muhammad Umar Affan, 4, menghantar kek hari jadi adiknya (Muhammad Umar Affan) kepada ‘wan’ (nenek) dan saya selepas mereka selesai meraikan sambutan berkenaan di rumah mereka di Taman Bukit Ketupat,” katanya di Kampung Bukit Dinding, dekat sini hari ini.

Menurut Asrizal, ketika ke rumah mereka menghantar kek itu, abangnya cuma menunggang motosikal sambil isteri dan dua orang anaknya membonceng dalam perjalanan hampir satu kilometer. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI