fbpx

Lima pegawai, 10 juruterbang Malaysia pilih kekal di Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 123 rakyat Malaysia termasuk pelajar dari Bangladesh disambut oleh ahli keluarga ketika selamat tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

SEPANG- Seramai lima pegawai tentera dan 10 juruterbang warga Malaysia memilih untuk terus kekal di Bangladesh meskipun negara itu sedang berdepan konflik ketika ini.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin berkata, mereka telah memaklumkan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka serta mengambil keputusan untuk tidak pulang bersama-sama dalam misi evakuasi.

“Kumpulan juruterbang itu bertugas dengan syarikat penerbangan tempatan, US-Bangla Airlines dan juga menetap bersama-sama keluarga.

“Mereka terikat dengan kontrak kerja dan masih bertugas mengikut jadual seperti biasa tetapi sentiasa berhubung dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka,” katanya hari ini.

Terdahulu, beliau mengiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyambut kepulangan sekumpulan 123 warga Malaysia yang terkandas di Bangladesh.

Mereka terdiri daripada 80 pelajar dan 43 lagi bukan pelajar menaiki pesawat sewa khas AirAsia penerbangan AK76 dari Dhaka telah selamat mendarat pada pukul 4.56 petang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI