fbpx

Liga M: Kawal perbelanjaan elak terjerat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT adalah contoh terbaik pasukan yang bijak dalam pengurusan apabila berjaya mengimbangkan antara pendapatan dan perbelanjaan.

KELAB Liga Malaysia (Liga M) disaran agar ‘ukur baju di badan sendiri’ ketika menawarkan kontrak kepada pemain agar tidak terjerat dengan masalah tunggakan gaji pada masa akan datang.

Bekas pemain kebangsaan, Nizaruddin Yusof melihat kemelut yang melanda dalam arena bola sepak negara bukan disebabkan ‘imbuhan’ mahal yang diterima oleh pemain semata-mata.

Kata Nizaruddin, pihak pengurusan kelab juga boleh memainkan peranan dalam menguruskan kewangan dengan berbelanja mengikut bajet yang ditetapkan pada awal musim.

“Secara peribadi, pengurusan patut memiliki kesedernan dan lihat pada poket pasukan. Namun, situasi ketika ini berbeza kerana banyak pasukan yang ingin bersaing dengan (kelab mewah) seperti JDT dan Selangor.

“Strategi tersebut menyaksikan pasukan terpaksa melabur dana besar untuk mencari pemain yang berkualiti tetapi bergelut daripada segi perbelanjaan bulanan.

“Kita jangan ikut pasukan yang ada kewangan kukuh, kita ikut kemampuan sendiri. Pasukan yang mencari duit atau dana, dan mereka juga perlu tahu bagaimana nak berbelanja.

“Kadang-kadang pasukan yang tawarkan (gaji besar kepada pemain). Sepatutnya pengurusan lebih tahu menguruskan supaya tidak gagal untuk selesaikan gaji wajib setiap bulan,” katanya Ketika ditemui Kosmo!

Pandangan sama turut disuarakan oleh Timbalan Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi yang mahu kelab Liga M lebih bertanggung dalam menguruskan kewangan selepas ini.

“Walaupun kita sudah berikan nasihat kepada pengurusan, tetapi ketika mahu membentuk pasukan, mereka seperti terlupa akan kekuatan kewangan pasukan.

“Kebanyakan beranggapan bila dah buat pasukan, penaja akan datang tetapi mereka tidak fikir bahawa penaja boleh menarik diri dan situasi itu akan menjejaskan perancangan yang telah dibuat,” katanya.

Sebagai rekod, nama baik Liga M ketika ini ‘tercemar’ ekoran beberapa kelab yang beraksi di kempen Liga Super didakwa culas dalam membayar gaji pemain sehingga tertunggak beberapa bulan.

Kosmo! semalam turut melaporkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sudah mula memantau situasi Liga M ketika ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI