fbpx

Kes ‘pembunuhan beramai-ramai Tak Bai’ diputuskan bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG waris mangsa pembunuhan beramai-ramai Tak Bai menziarahi kubur suaminya di daerah Tak Bai pada 24 Oktober 2019. – AFP

BANGKOK –  Saman terhadap sembilan bekas pegawai kanan polis yang didakwa terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai di Tak Bai dijadualkan didengari oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat bulan depan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Saman dikemukakan sekumpulan 48 plaintif pada 26 April lalu itu menuntut keadilan buat mangsa dan keluarga mereka yang mendapati tiada tindakan diambil, sama ada oleh pihak polis atau pendakwa raya selain daripada bayaran pampasan.

Plaintif merupakan mangsa yang cedera dan waris mereka yang terbunuh dalam tragedi itu.

Kumpulan tersebut bertekad meneruskan saman mereka berikutan had masa kes tersebut akan berakhir pada Oktober ini. Tragedi itu berlaku pada 25 Oktober 2004 apabila pasukan keselamatan menyuraikan protes di hadapan Balai Polis Tak Bai dalam daerah Tak Bai.

Kumpulan penunjuk perasaan itu menuntut supaya polis membebaskan enam tahanan.

Seramai tujuh penunjuk perasaan terbunuh di lokasi kejadian, manakala 78 yang lain meninggal dunia akibat lemas atau kegagalan organ semasa mereka dibawa ke sebuah kem tentera di daerah Nong Chik, wilayah Pattani, pada jarak 140 kilometer.

Peguam kumpulan plaintif, Adilan Ali-Ishoh mengesahkan bahawa mahkamah berkenaan mengadakan dua sesi pendengaran pada 24 Jun  dan 19 Julai lalu untuk proses inkuiri awal. 

Mahkamah sama akan mengumumkan pada 23 Ogos ini sama ada akan menerima kes tersebut.

Sembilan bekas pegawai kanan itu dituduh melakukan pembunuhan, melakukan penahanan secara menyalahi undang-undang dan penyelewengan lain.

Antara mereka yang berdepan tuntutan undang-undang itu termasuk bekas komander ketumbukan ke-4, bekas ketua polis wilayah rantau 9, bekas gabenor Narathiwat dan bekas superintendan Balai Polis Tak Bai. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI