fbpx

[KEMASKINI] Budak hilang balik sekolah selamat ditemui di pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DONG YAO terdahulu dilaporkan hilang selepas berjalan kaki pulang dari sekolah seorang diri di Mount Austin, Johor Bahru, tengah hari tadi.

JOHOR BAHRU – Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang selepas pulang dari sekolah dalam kejadian di Mount Austin, di sini tengah hari tadi ditemui selamat berada di dalam sebuah pusat beli-belah Taman Desa Tebrau, di sini sebentar tadi.

Mangsa, Cheng Dong Yao murid tahun empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Foon Yew 5 ditemui pukul 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa ditemui pasukan polis Balai Polis Setia Indah yang melakukan operasi pencarian bersama ibu mangsa.

Menurutnya, mangsa dikatakan berjalan kaki seorang diri dari sekolah sehingga ke pusat beli-belah berkenaan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Dong Yao dilaporkan hilang selepas pulang dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Foon Yew 5 kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Difahamkan, mangsa kali terakhir dilihat menggalas beg dan berpakaian sekolah berjalan kaki seorang diri selepas dipercayai terlepas bas sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI