fbpx

Polis sahkan Jia Hui diculik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS mengklasifikasikan kehilangan Jia Hui sebagai kes culik.

JOHOR BAHRU – Polis mengklasifikasikan kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang ketika bermain di pusat perniagaan Eco Galleria 3, Taman Botani di sini, Sabtu lalu sebagai kes culik.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, ini susulan tangkapan dilakukan ke atas dua lelaki dan seorang wanita berusia 28 hingga 55 tahun, kira-kira pukul 1.30 tengah hari, semalam di Gelang Patah, Iskandar Puteri, di sini.

Bagaimanapun, katanya, kanak-kanak perempuan itu, Albertine Leo Jia Hui, 6, masih belum ditemui, manakala semua suspek akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Johor Bahru, hari ini bagi mendapatkan permohonan reman,” katanya.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya dengan cara yang salah.

Kehilangan Jia Hui disedari setelah terpisah daripada keluarga dan didapati hilang kira-kira pukul 8.30 malam, Sabtu lalu semasa Festival Bon Odori Johor berlangsung di pusat perniagaan terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI