fbpx

Gangguan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan henti tugas sementara membabitkan empat loji rawatan air (LRA) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.

Menurut Air Selangor, ia melibatkan LRA Rantau Panjang serta LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2 dan LRA Sungai Selangor Fasa 3.

“Berikutan itu tujuh wilayah Air Selangor iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor telah mula mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

“Senarai kawasan yang terjejas akan dikongsi dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Air Selangor memberitahu bahawa pihaknya sedang berusaha sedaya upaya untuk meminimumkan impak kepada para pengguna.

Katanya, bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

“Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI