fbpx

Gaji pengasuh anak Kareena RM6,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAREENA KAPOOR

DEMI kesejahteraan anak, pelakon Kareena Kapoor sanggup mengeluarkan belanja besar untuk membayar gaji pengasuh anaknya.

Isteri kepada aktor Saif Ali Khan itu menggaji pengasuh anaknya, Lalita D’Silva, melebihi gaji kakitangan kerajaan iaitu mencecah RM6,000 sebulan.

Isu jumlah bayaran upah kepada pengasuh berpengalaman ditanya seorang hos popular, Arbaaz Khan kepada Kareena pada sebuah program televisyen.

Katanya, kebajikan dan kesejahteraan Taimur Ali Khan yang kini sudah berusia tujuh tahun tidak boleh diukur dengan wang ringgit.

Biarpun tidak mengesahkan angka dibayar kepada wanita terbabit, daripada perbualan itu jelas menunjukkan khabar angin mengenai gaji besar kepada pengasuh terbabit benar.

Difahamkan RM6,000 hanyalah gaji pokok, belum termasuk bayaran kerja lebih masa dan tuntutan perjalanan mahupun upah tugasan sampingan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI