fbpx

EPL: Brentford harap Toney tidak berhijrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TONEY (tengah) menjadi buruan beberapa kelab gergasi, namun Brentford berharap penggempur mereka itu terus kekal. - AFP

LONDON – Pengendali Brentford, Thomas Frank meletakkan harapan tinggi agar penyerang utama, Ivan Toney dapat kekal menyarung jersi pasukan menjelang kempen baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akan bermula pada Ogos depan.

Difahamkan, kontrak Toney akan berakhir pada tahun depan dan pihak pengurusan tertinggi The Bees tidak mempunyai masalah untuk menjualnya pada jendela perpindahan kali ini berbanding potensi kehilangan khidmatnya secara percuma nanti.

Menurut Frank, prestasi Toney yang cukup konsisten sejak beberapa musim lepas menyaksikan namanya sudah berada dalam radar kelab-kelab utama EPL sejak jendela perpindahan dibuka awal bulan ini.

“Kita tidak boleh meramal apa yang akan berlaku pada masa akan datang, namun buat masa ini Toney masih lagi pemain Brentford dan saya mahu dia kekal. Jika tidak, ia bakal menjadi cabaran positif buat saya bentuk pasukan lebih baik.

“Cuma, ketika ini Toney masih lagi diberikan cuti selepas mengharungi kempen Euro 2024 minggu lalu dan jika ada yang serius untuk menandatangani khidmatnya, saya rasa pengurusan tertinggi meletakkan tanda harga yang cukup kompetitif,” katanya.

Menurut laporan, Brentford mahukan sekurang-kurangnya £60 juta (RM362 juta) jika ada pasukan yang serius mahu mendapatkan Toney pada jendela kali ini.

Bagaimanapun, beberapa kelab yang berminat seperti Arsenal dan Manchester United hanya mampu menawarkan maksimum £30 juta (RM181 juta) sesuai dengan kontrak penyerang berusia 28 tahun itu hanya berbaki 12 bulan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI