fbpx

Dewan Negara sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

KUALA LUMPUR – Dewan Negara hari ini merafak sembah dan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah atas pertabalan baginda berdua Sabtu lalu.

Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang membacakan pemasyhuran itu sebelum memulakan persidangan hari ini berkata, kesemua Ahli Dewan Negara bersedia untuk berkhidmat dan menabur bakti di bawah naungan pemerintahan Sultan Ibrahim.

“Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan jelas mengatakan bahawa kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen dan hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis Parlimen iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

“Semoga kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berdua bersemayam di atas singgahsana takhta dengan penuh keberkatan Allah S.W.T dan patik-patik yang dilantik sekalian, Ahli Dewan Negara, sedia berkhidmat menabur bakti di bawah payung pemerintahan Tuanku.

“Dirgahayu Tuanku!, Daulat Tuanku!,” katanya.

Terdahulu, Sultan Ibrahim selamat ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara pada Sabtu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI