fbpx

Dewan Negara: KPM pergiat usaha tangani isu calon tak duduki SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan beberapa langkah bagi memastikan murid hadir ke sekolah dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, antara usaha yang dilakukan oleh KPM ialah memastikan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1 Tahun 2019: Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid Di Sekolah KPM dipatuhi.

Katanya, dokumen berkenaan menegaskan bahawa rekod kehadiran tersebut dapat digunakan untuk membantu pihak pengurusan sekolah membuat keputusan dan tindakan berkaitan pembangunan, kebajikan, keselamatan termasuk kesejahteraan murid.

“Selain itu, KPM juga mengupayakan jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD) untuk membimbing sekolah memantau kehadiran murid ke sekolah dan menduduki peperiksaan SPM.

“Kehadiran murid ke sekolah turut dipantau melalui Sistem Kehadiran
Murid (eKehadiran) dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Dr. Wan Martina Wan Yusoff berkenaan usaha yang sedang dilaksanakan KPM untuk memastikan pelajar-pelajar menduduki peperiksaan SPM.

Sementara itu, Kah Woh berkata, KPM turut mengoptimumkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah melalui program pembangunan diri murid.

“Konsep Amalan Sekolah Penyayang turut dilaksanakan secara berterusan dan menjadi budaya sekolah supaya warga sekolah dapat mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

“Selain itu, aktiviti-aktiviti berfokus turut dilakukan dengan lebih giat seperti Ziarah Cakna, sesi konsultasi ibu bapa, permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) serta Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI