fbpx

Dewan Negara: DAKN2030 bantu depani cabaran sektor agrikomoditi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah menggubal Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 (DAKN2030) secara holistik sebagai kesinambungan kepada dasar-dasar terdahulu bagi meneruskan kejayaan sektor agrikomoditi.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Chan Foong Hin berkata, langkah itu mengemudi sektor berkenaan dalam mendepani pelbagai isu dan cabaran bagi tempoh 10 tahun akan datang (2021- 2030).

Beliau berkata, Sektor Agrikomoditi sering berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti harga agrikomoditi yang tidak stabil, cuaca tidak menentu dan serangan penyakit tanaman.

“Bagi mengatasi permasalahan ini, KPK telah mengambil beberapa langkah seperti menyediakan pelbagai insentif dan skim sokongan harga untuk membantu pekebun kecil termasuklah bantuan kewangan untuk input pertanian seperti bahan kimia dan baja menerusi program bantuan bagi tanaman koko, lada dan kenaf yang telah diluluskan dalam RMKe-12.

“Selain tu, Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang mula diperkenalkan pada tahun 2015 bertujuan untuk menangani impak ketidaktentuan harga getah ke atas pendapatan pekebun kecil di samping memastikan pengeluaran getah tempatan
berterusan,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Senator Datuk Dr. Ahmad Azam Hamzah berkenaan risiko-risiko yang dihadapi oleh sektor perladangan dan komoditi termasuk risiko harga, cuaca dan penyakit tanaman.

Sementara itu, Foong Hin berkata insentif tersebut akan diaktifkan apabila harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump lebih rendah daripada RM3.00 satu kilogram.

“Selain itu, bagi menghadapi cabaran cuaca tidak menentu dan serangan penyakit tanaman pula, penggunaan Teknologi Melalui Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi Perlindungan Penyakit dan Cuaca Ekstrem Penerapan teknologi mula dipergiat bagi meningkatkan perlindungan tanaman terutamanya berkaitan penyakit dan pengurusan serangan perosak.

“Sebagai contoh, teknik pertanian pintar dan moden seperti multispektral mampu menghasilkan tanaman lada yang berkualiti, berproduktiviti tinggi serta kalis jangkitan penyakit dan perosak,” ujarnya.

Katanya, amalan pertanian inovatif serta R&D sebegini dijangka dapat meningkatkan produktiviti tanaman pekebun kecil.

“Dari segi persediaan dan inisiatif adaptasi perubahan iklim pula, KPK dan Agensi-Agensi di bawahnya melaksanakan kajian secara berterusan bagi menghasilkan klon-klon tanaman komoditi yang rintang terhadap perubahan cuaca yang ekstrem,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI