fbpx

Bunuh, bakar kekasih hamil: Tempoh pemerhatian mental tertuduh dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Nor menerangkan perkembangan prosiding kes itu kepada petugas media di Mahkamah Tinggi Klang, hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF

KLANG – Mahkamah Tinggi di sini, memberi tempoh lanjutan kepada Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak bagi pemerhatian kesihatan mental seorang pemuda yang didakwa membunuh kekasih hamilnya, tahun lalu.

Timbalan Pendaftar, Mohd. Hirman Ab. Raub berkata, mahkamah dimaklumkan bahawa laporan psikiatri tertuduh,
Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 21, belum disediakan hospital tersebut.

“Laporan psikiatri itu belum tersedia dan mahkamah memberi tempoh lanjutan sehingga 13 Ogos depan. Tarikh perbicaraan bergantung kepada laporan yang akan diserahkan nanti,” katanya.

Sebutan bagi keputusan laporan psikiatri tertuduh ditetapkan pada 14 Ogos depan.

Pada prosiding sebutan kes itu, Timbalan Pendakwa Raya Farah Aqilah Ahmad Fuad turut menyerahkan sebahagian laporan dan dokumen kes berkenaan kepada peguam Muhammad Nor Tamrin.

Pemerhatian Kosmo! mendapati Muhammad Fakrul tidak menghadiri prosiding itu kerana masih menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Fakrul didakwa melakukan kesalahan bunuh terhadap seorang wanita berusia 21 tahun di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar di sini antara pukul 8.30 malam 22 Mei sehingga pukul 8 pagi 23 Mei tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI