fbpx

Budak 10 tahun pula hilang selepas balik sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cheng Dong Yao.

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun pula dilaporkan hilang selepas pulang dari sekolah dalam kejadian di Mount Austin, di sini tengah hari tadi.

Mangsa, Cheng Dong Yao murid tahun empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Foon Yew 5 dilaporkan hilang kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Difahamkan, mangsa kali terakhir dilihat menggalas beg dan berpakaian sekolah berjalan kaki seorang diri selepas dipercayai terlepas bas sekolah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mengesahkan menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit.

Ujarnya, siasatan dan pencarian di tempat-tempat yang berkaitan laluan kanak-kanak ini sedang dijalankan.

“Pasukan polis telah digerakkan untuk mengesan kedudukan kanak-kanak terbabit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI