fbpx

[VIDEO] Allah makbulkan doa kes dikembalikan hukuman mati – Bapa Zulfarhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua ibu bapa Allahyarham.

PUTRAJAYA – Suasana hiba menyelubungi luar Mahkamah Rayuan di sini, selepas ibu bapa kepada Zulfarhan Osman Zulkarnain membuat sujud syukur dan menangis.

Ia selepas keputusan Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Zulfarhan.

Zulkarnain Idros, 60, ketika ditemui berkata beliau melahirkan rasa syukur dan gembira dengan keputusan mahkamah hari ini dan menganggap keadilan akhirnya berpihak kepada anaknya, Zulfarhan.

“Kita bersyukur kepada Allah kerana telah memakbulkan doa saya dan isteri supaya kes ini dikembalikan kepada hukuman sampai mati.Saya juga ingin mengucapkan terima kepada rakyat Malaysia yang mengikut perkembangan kes ini serta pihak pendakwaan yang bergitu hebat membuktikan bahawa adanya niat membunuh,” kata Zulkarnain.

Sementara itu, isterinya Hawa Osman, 61, yang turut memanjatkan rasa syukur itu menunjukkan gambar berukuran pasport anak sulungnya dan sapu tangan terakhir peninggalan Zulfarhan kepada pihak media semasa berada di luar kamar mahkamah.

Terdahulu enam bekas penuntut UPNM yang sebelum ini dipenjara 18 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan dihukum gantung mati oleh Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan dalam rayuan silang untuk mengembalikan semula kes itu daripada Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kepada pertuduhan asal iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Keenam-enam bekas penuntut itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI