fbpx

4 suspek larikan Jia Hui direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT suspek direman empat hari bagi membantu siasatan kes larikan kanak-kanak 6 tahun di Eco Galleria, Iskandar Puteri, Sabtu lalu.

JOHOR BAHRU – Empat suspek termasuk dua wanita yang ditahan berhubung kes penculikan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman empat hari, bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Suhaili Sapun selepas membenarkan permohonan dibuat pihak polis terhadap keempat-empat suspek berusia 28 hingga 55 tahun.

Tempoh reman yang dikenakan sehingga Jumaat ini membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas semua suspek mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Semalam, keempat-empat suspek tersebut ditahan kira-kira pukul 1.30 petang di sekitar kawasan Gelang Patah, Iskandar Puteri.

Albertine Leo Jia Hui disedari hilang kira-kira pukul 8.30 malam, Sabtu lalu semasa berlangsungnya festival Bon Odori di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI