fbpx

4 nelayan Thailand langgar syarat lesen ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat nelayan Thailand ditahan ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di Teluk Kampi, pagi tadi.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan empat warga Thailand menerusi penahanan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C di kedudukan 6.0 batu nautika barat Teluk Kampi, di sini hari ini.

Pengarahnya, Kepten Maritim Razali Kasim berkata, penahanan tersebut dilakukan semasa pasukannya melakukan rutin penguatkuasaan di kawasan perairan itu, kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Menurutnya, pemeriksaan telah dijalankan sejurus mendapati VNT berkenaan ketika itu berada dalam keadaan mencurigakan.

“VNT berkenaan didapati sedang melakukan aktiviti perikanan di bawah 15.0 batu nautika iaitu melakukan aktiviti menangkap ikan tidak mengikut syarat sah lesen VNT kelas C.

“Pemeriksaan selanjutnya mendapati empat kru warga Thailand berumur lingkungan 42 hingga 64 tahun sedang bekerja di VNT tersebut,” katanya, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kes akan disiasat di bawah Seksyen 8 (b) mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen kerana menangkap ikan di bawah 15.0 batu nautika.

Tambahnya, kesemua kru, bot bersama hasil tangkapan dianggarkan 150 kilogram ikan baja telah diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM Pulau Pinang untuk siastan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI