fbpx

1.1 juta pengguna terjejas gangguan bekalan air tidak berjadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Dianggarkan 1.1 juta pengguna akaun di lebih 1,000 kawasan terjejas susulan henti tugas sementara membabitkan empat loji rawatan air (LRA) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.

Ini melibatkan LRA Rantau Panjang serta LRA, Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 (SPP1, SSP2 dan SPP3).

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan gangguan air tidak berjadual itu melibatkan tujuh wilayah Air Selangor iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

“Air Selangor sedang berusaha sedaya upaya untuk meminimumkan impak kepada para pengguna.

“Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI